Sejarah Sunway Putra Mall

Bahagian luaran The Mall dan Legend Hotel pada 2007The Mall semasa pengubahsuaian, September 2013

Kompleks ini, yang dikenali sebagai "The Mall" pada masa itu, telah dibina oleh Metroplex Holdings Sdn. Bhd. (MHSB)[3] dan dibuka pada 12 Jun 1987 oleh Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, yang secara peribadi mengebumikan kapsul masa yang akan digali selepas satu abad, dalam 2087. kapsul ini mengandungi mesej yang ditulis oleh Mahathir dan ditujukan kepada rakyat di masa hadapan.[4]

Pada masa itu, The Mall adalah pusat membeli-belah terbesar di Malaysia dan dibina untuk menarik lebih banyak pembeli dari Singapura ke Kuala Lumpur.[5] It was built at cost of RM289 million and it was launched by a light show.[6] Kompleks tersebut pernah memiliki kedai Yaohan pertama di Malaysia yang beroperasi dari pembukaan gedung pada tahun 1987 hingga 1997 sebelum muflis di Jepun.[7]

Pada Mac 2011, Putra Place, yang terdiri daripada The Mall, Legend Hotel (kini dikenali sebagai Sunway Putra Hotel) dan blok pejabat, diperolehi oleh Sunway REIT di bawah Kumpulan Sunway dengan harga RM513.94 juta dalam lelongan awam dan membelanjakan RM307 juta dalam kos pengubahsuaian.[8] Pembaharuan bermula pada Mei 2013 dan dibuka semula sebagai "Sunway Putra Mall" pada 28 Mei 2015.[9][10] Sunway Putra Mall menyusun semula sebagai pusat gaya hidup bandar dan menempatkan 300 kedai.[11]